Beri Polis Masa Siasat Kes Video Seks Lebih Teliti - Khalid - Berita Semasa | mStar

Beri Polis Masa Siasat Kes Video Seks Lebih Teliti - Khalid

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis dengan 1,000 belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, Sabtu.

Program itu merupakan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIC, Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan untuk Masyarakat India bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pertubuhan bukan kerajaan India -- Persatuan Silambam, Hindu Youth Organisation dan Bell Club.

Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lepas tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan