3,028 Kompaun Bernilai Hampir RM1 Juta Dikeluarkan Bagi Kawalan Denggi

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,028 kompaun bernilai RM992,200 telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan melalui tindakan penguatkuasaan kawalan wabak denggi dan kawalan hasil tembakau, sepanjang Mac lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sejumlah 1,618 kompaun bernilai RM682,355 dikeluarkan melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi.

"Sejumlah 159 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 64 kes telah diselesaikan oleh mahkamah di mana sejumlah RM34,710 denda dikenakan, iaitu purata RM542 setiap denda," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Bagi penguatkuasaan kawalan hasil tembakau pula, sejumlah 1,410 kompaun bernilai RM309,845 dikeluarkan bagi tempoh yang sama dengan nilai purata RM220 bagi setiap kompaun, katanya.

"Sejumlah 443 kes telah didaftar ke mahkamah dan dalam masa yang sama sejumlah 55 kes dengan denda RM14,060 telah diselesaikan oleh mahkamah dengan purata denda bagi setiap kes ialah RM256," katanya.

Dr Hasan berkata tindakan penguatkuasaan adalah pilihan yang terakhir di ambil kementerian dan semua pihak diminta untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan