Proton Sedia Hadapi Pasaran Terbuka

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Berhad Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yakin pengeluar kereta tempatan boleh bertahan dalam pasaran terbuka sepenuhnya.

Beliau berkata, Proton bersedia menghadapi cabaran dan peluang apabila rancangan liberalisasi industry automotif tempatan bermula menjelang 2016.

"Kita telah bersedia semenjak lama dahulu. Liberalisasi adalah membuka ekonomi bagi industri kereta menjadi lebih berdaya saing.

"Kita masih ada lima tahun lagi, dan apa-apa yang kita lakukan, kita mesti pastikan kereta menjadi lebih murah dan rekabentuk dan kualiti produk menjadi lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kualiti Proton di sini.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan menyelesaikan pengstrukturan semulanya menjelang setengah kedua tahun ini sebaik sahaja ia mendapat kelulusan lembaga pengarah dan pemegang saham.

Pengstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan operasinya sejajar dengan liberalisasi industri automotif.

Mengenai penggabungan Proton-Perodua, Syed Zainal Abidin berkata, Proton telah berbincang dengan Perodua dan telah mengenal pasti bidang-bidang yang boleh diperbaiki seperti pembangunan vendor, pembelian dan kualiti.

Beliau juga berkata, ujian pengesahan bagi Proton Exora dan Proton Hybrid sedang dijalankan di United Kingdom dan dijangka siap dua minggu lagi.

Katanya Proton akan mengeluarkan Proton hybrid selepas mendapat kelulusan akhir daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya.

"Kami berharap kereta itu boleh mula dijual tahun depan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan