PNM Sedia Dana RM2 Juta Bantu Penulis Terbit Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis buku tempatan kini boleh memohon modal untuk memulakan penerbitan dari Dana Penulis yang disediakan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berjumlah RM2 juta.

Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan karyanya seratus peratus.

"Penulis boleh menghantar terbitan mereka kepada PNM, jawatankuasa yang telah diwujudkan akan menilai buku-buku itu berpandukan syarat yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, Sabtu.

Beliau berkata penulis yang layak bakal menerima RM25,000 dan PNM akan membeli serta mengedarkan buku tersebut kepada perpustakaan desa di seluruh negara.

Raslin berkata buku yang akan dihasilkan mestilah menepati serta bersesuaian dengan masyarakat luar bandar.

"Seandainya buku yang kita hendak edarkan di perpustakaan desa berbentuk ilmiah atau sesuai untuk pelajar universiti, mungkin itu kurang bersesuaian dengan mereka (masyarakat luar bandar), maka buku-buku itu akan terbiar di situ tanpa diusik oleh pembaca," katanya.

Beliau berkata dana itu diwujudkan bagi menggalakkan penulis menghasilkan lebih banyak buku berikutan statistik penerbitan menunjukkan penurunan.

"Pada tahun 2008, sebanyak 16,044 naskhah direkodkan di PNM, manakala pada tahun 2009 jumlah penerbitan agak menurun sedikit kepada 15,767 naskhah, dan pada tahun 2010 sebanyak 15,756 naskhah," katanya.

Raslin berkata jika dana itu mendapat sambutan yang baik daripada penulis tempatan, ia mungkin diteruskan pada masa akan datang.

Mengenai Kempen Membaca, beliau berkata sebanyak 8,000 aktiviti membaca setahun diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

"Kita minta supaya setiap perpustakaan desa mengadakan aktiviti membaca di kalangan komuniti setempat, sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebulan dua kali," katanya.

Raslin juga berkata statistik pengunjung dan peminjam buku perpustakaan desa meningkat setiap tahun.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan tiga buku iaitu 'Yang Hilang dan Yang Datang' karya Datuk Khairuddin Arshad, 'Cancer: Causes, Cure and Preventive' karya Dr V.M. Palaniappan dan '1Sudoku: Centerpiece 1' karya Lim Teck Guan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC bermula semalam dan berakhir 1 Mei ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan