Perdana Menteri Mahu Kontraktor Patuhi Tiga Ciri Penting

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kontraktor di negara ini perlu mematuhi tiga ciri penting dalam usaha memastikan setiap projek pembangunan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Perdana Menteri berkata, tiga ciri penting itu ialah berkaitan kualiti kerja, pelaksanaan projek mengikut jadual dan mematuhi bajet yang ditetapkan.

"Berdasarkan tiga kriteria ini, mereka mesti menguruskan projek dengan sebaik mungkin, saya sarankan pentingnya keilmuan dan kemahiran (dalam) menguruskan projek daripada (peringkat) mula.

"Mereka juga perlu menetapkan harga menguruskan projek, misalnya daripada bahan binaan dan kerja dan dari segi pemantauan dan sebagainya dalam menambahkan lagi kecekapan menguruskan projek," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Pahang, di sini, Sabtu.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas mengenai projek-projek terbengkalai, Najib berkata perkara itu mungkin disebabkan faktor-faktor luar kawalan kontraktor terbabit.

"Kita nak tengok berdasarkan ketiga-tiga (ciri) ini, (tetapi) ada kalanya disebabkan faktor di luar kawalan kita misalnya dua tahun dulu harga bahan binaan naik mendadak, saya tak salahkan kontraktor dalam keadaan luar biasa, tapi saya sebut ini, dalam keadaan tidak ada faktor luar biasa, kita mesti tambah kemampuan dan kecekapan kita dalam menguruskan projek," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Najib berkata setiap projek yang diberikan kepada kontraktor adalah berdasarkan kualiti dan kemampuan mereka dalam melaksanakan sesuatu projek.

"Jadi, tak perlulah melobi, ini ada yang sanggup tunggu saya kat lapangan terbang..," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan