Kerajaan Anugerah Kontrak Khas Kepada Syarikat Hasil Produk Inovasi Tinggi - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Syarikat dan usahawan yang berjaya menghasilkan produk yang berinovasi tinggi dan mampu menembusi pasaran global akan dianugerahkan "kontrak khas" oleh kerajaan dalam membantu memajukan lagi perniagaan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan menghargai syarikat dan usahawan yang berjaya melahirkan inovasi dan kreativiti dalam mengenal pasti produk baru terutama yang boleh diterima di pasaran global.

Beliau berkata, kontrak khas tersebut akan diberikan bagi tempoh beberapa tahun tertentu untuk mengembangkan perniagaan dan produk berkenaan.

"Bagaimanapun, syarikat dan usahawan perlu mendapat pengesahan oleh SME Corporation (SME Corp) atau Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sebelum layak dipertimbangkan menerima kontrak khas ini," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Pahang di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Najib berkata, Malaysia tidak lagi mampu bergantung kepada sumber asli semata-mata, sebaliknya perlu mengembangkan hasil inovasi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru kata beliau, para usahawan khususnya peringkat perusahaan kecil dan sederhana (EKS) perlu melakukan transformasi minda untuk bersaing dan maju dalam perniagaan.

Beliau berkata, usahawan tidak boleh lagi berada di dalam suasana ekonomi tahun 60-an hingga 80-an di mana mereka dilindungi daripada persaingan khususnya syarikat luar negara ekoran kuasa globalisasi dan liberalisasi pada masa ini.

Najib berkata, usahawan juga perlu mengelak daripada berada dalam keselesaan dengan tidak melakukan perubahan untuk terus maju.

"Sebagai contoh, pemegang-pemegang AP (Permit Import) terus bersandar pada AP itu tetapi tidak menggunakan hasil daripada perniagaan itu untuk menceburi bidang lain, maknanya kita tidak ada transformasi minda.

"Jadi jangan menuding jari kepada kerajaan, kenapa kerajaan tidak menambah kuota, kenapa kerajaan tidak buat itu, ini...tetapi kita tidak transformasi minda," katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan usahawan EKS termasuk 79 bentuk dana pinjaman dan geran berjumlah RM8.8 bilion yang dikendalikan pelbagai agensi pada masa ini.

Perdana Menteri berkata, bagi memudahkan akses pembiayaan EKS, ia sedang diperkemas kepada hanya 33 jenis dana yang akan diselaraskan oleh SME Corp. Kerajaan juga kata beliau, memperuntukkan sebanyak RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk skim pinjaman mudah EKS dan RM100 juta untuk skim peningkatan dan keupayaan EKS serta bakinya untuk program penjenamaan dan promosi.

Selain itu, terdapat enam tabung EKS yang dikendalikan Bank Negara berjumlah RM13.4 bilion yang memberi manfaat kepada 46,000 EKS, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM538 juta bagi melaksanakan pelbagai program EKS melalui perbadanan negeri, Tabung Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan SME Bank. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan