SPRM Lebih Bersemangat Dapat Sokongan Rakyat Biasa - Abu Kassim

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau dan anak buahnya kini lebih bersemangat berjuang membanteras gejala rasuah di negara ini apabila mendapat sokongan rakyat biasa.

Beliau turut melahirkan rasa terperanjat dengan sokongan pertubuhan serta kumpulan masyarakat termasuk Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPRM).

"SPRM rasa amat bersemangat apabila mendapati rakyat biasa bergabung dan memberi sokongan kepada kita.

"Tidak pernah tercatit sokongan rakyat seperti ini yang memanggil SPRM untuk hadir dalam majlis seperti ini," katanya ketika merasmikan PPPRM dan program persatuan itu Gelombang Rakyat, 1Rakyat 1Integriti di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Soo Jin malam ini, yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Abu Kassim berkata SPRM sebenarnya banyak menerima maklum balas positif daripada persatuan dan rakyat dalam bentuk e-mel, memorandum serta surat yang menyuntik semangat kakitangan suruhanjaya.

Presiden PPPRM Datuk Shahrul Nizam Yunos berkata mereka telah lama bosan dengan tindakan pihak tertentu yang sering mempertikaikan SPRM dan memomokkan supaya suruhanjaya itu dijauhi masyarakat.

"PPPRM tidak mahu segala maklumat mengenai SPRM dipolitikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Beliau berkata keanggotaan PPPRM kini mencecah lebih 14,000 dan mereka merancang mengadakan perhimpunan serupa di Seremban dan Johor dalam masa terdekat untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai peranan serta kejayaan SPRM.

Dalam perkembangan lain, di Kangar, SPRM menahan seorang anggota polis berpangkat Koperal kerana disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti perjudian di Perlis.

Pengarah SPRM Perlis Yusof Shamsudin yang dihubungi, mengesahkan penahanan anggota polis berusia 40-an itu di Behor Pulai kira-kira 6 petang semalam.

Anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009, dan jika sabit kesalahan, berdepan hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan