Muhyiddin Jemput Syarikat China Teroka Pelaburan 131 Projek EPP Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput syarikat China untuk menerokai peluang pelaburan di dalam 131 projek permulaaan (EPP) yang dikenal pasti bernilai AS$138 (RM415) juta di Malaysia.

Katanya EPP itu dijangka dilaksanakan di dalam tempoh sembilan tahun akan datang yang bermatlamat menerajui Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Saya percaya, antara projek EPP itu, banyak projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat China secara usahasama dengan syarikat Malaysia. Antaranya ialah perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, elektrik dan elektronik, teknologi hijau, teknologi diperbaharui dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya semasa berucap pada mesyuarat meja bulat dengan ketua industri China di sini Khamis.

Malaysia mengalu-alukan pelaburan China di dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan, khusunya di dalam aktiviti teknologi tinggi, bernilai tambah dan berasaskan pengetahuan, katanya. Muhyiddin sedang melakukan lawatan rasmi seminggu ke China.

Beliau juga mengetengahkan mengenai persekitaran struktur dan infrastruktur perniagaan industri yang rancak dan maju di Malaysia yang akan terus ditambah baik bagi memastikan Malaysia kekal satu lokasi kompetitif bagi para pelabur asing.

"Sebagai respons terhadap peningkatan minat pelabur China, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berunding secara aktif dengan syarikat China yang berminat di dalam sektor logam, kimia, pengangkutan, elektronik dan elektrik, automotif dan makanan."

Beliau memberitahu para ketua syarikat China bahawa beliau akan menunggu pertemuan dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao, yang akan melawat Malaysia pada 27 dan 28 April dan akan mengetengahkan perbincangan pada perundingan meja bulat itu.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China dicatatkan meningkat 21.7 peratus daripada US$36 bilion pada 2009 kepada US$46 bilion pada 2010.

China terus kekal rakan perdagangan terbesar Malaysia manakala Malaysia adalah rakan perdagangan kelapan terbesar China.

Terdapat lebih 120 syarikat berkepentingan China beroperasi di Malaysia dengan pelaburan modal lebih AS$250 juta (RM752 juta). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan