Othman Mustapha Ketua Pengarah Jakim Yang Baru

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, dilantik Ketua Pengarah Jakim yang baru berkuatkuasa Ahad ini.

Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang akan bersara wajib pada Sabtu ini selepas lebih tiga tahun memimpin Jakim.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan berlangsung pada Khamis disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi kepimpinan Wan Mohamad yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan menjadi Ketua Pengarah Jakim sejak Julai 2007.

"Ini merupakan keistimewaan, berkat kesabaran, inovasi dan kreativiti yang ada pada diri beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis itu. Jamil Khir berkata Wan Mohamad akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) berkuatkuasa serta merta selepas kepimpinannya terserlah ketika menerajui Jakim.

"Tugas beliau akan ada kesinambungannya, yang diharap dengan menerajui kedua-dua institut tersebut, akan memberi kesan yang lebih menyerlah," katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Othman berkata beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat daripada menteri dalam melaksanakan perancangan dan strategi selain memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dalam waktu yang ditetapkan.

Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Syariah, dan telah menyertai dan berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Beliau pernah menjadi Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Pengarah Jakim cawangan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan