Lebih 1,400 Anggota Kastam, Marin Diserap Ke APMM

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,420 anggota dan pegawai dari Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) akan diserap sebagai 'anggota keluarga' Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mulai Ogos ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Datuk Raja Hydar Raja Iskandar berkata mereka memerlukan pertambahan anggota untuk lebih efektif, sejajar dengan usaha menjadi agensi tunggal yang bertanggungjawab mengawal perairan negara.

"Penambahan anggota perlu memandangkan pada masa ini APMM hanya mempunyai 3,848 anggota dan memerlukan sekurang-kurangnya 9,000 anggota untuk mengawal perairan negara yang mempunyai keluasan lebih 614,000 km persegi," katanya di sini Khamis.

Dilaporkan sebelum ini APMM telah menawarkan jawatan kepada anggota agensi penguatkuasa laut lain seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, PGM, KDRM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau yang ditemui selepas melawat ibu pejabat Bernama, berkata selain daripada penyerapan anggota, sebanyak 90 buah kapal juga akan diperolehi sebagai langkah penyelarasan pengambilalihan aset daripada KDRM dan PGM.

APMM juga bercadang menambah bilangan bot dan kapal dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan lagi kemampuan agensi itu, katanya.

"Kita dalam proses untuk membuat perolehan baru kita sendiri sebab banyak kapal dari mereka (KDRM dan PGM) adalah kapal usang, jadi kita perlu yang baru," katanya.

Raja Hydar berkata perbincangan APMM dengan agensi penguatkuasaan laut lain berkaitan pengambilan anggota dan perolehan peralatan masih dilakukan dari semasa ke semasa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan