1,000 Rakyat Keturunan India Bakal Terima Dokumen Pengenalan Diri

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,000 dokumen pengenalan diri untuk rakyat keturunan India di negara ini telah siap dan akan diserah kepada pemohon tidak lama lagi, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata dokumen berkenaan yang meliputi sijil kelahiran, kad pengenalan (MyKad) dan kewarganegaraan adalah hasil program 'My Daftar' yang dijalankan kerajaan.

"Kita dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara 1,000 kes sudah diselesaikan sehingga kini. Ini bermakna 1,000 dokumen pengenalan diri sudah boleh diberikan kepada pemohon terbabit," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Selain itu katanya, MIC juga telah meminta semua sekolah agar memaklumkan kepada parti tersebut sekiranya terdapat pelajar mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Sehingga kini MIC menerima sebanyak 1,700 kes daripada semua aliran sekolah. Daripada jumlah itu, 10 peratus membabitkan pelajar India manakala selebihnya adalah kaum-kaum lain," katanya.

Program 'My Daftar' bagi masyarakat India itu berlangsung dari 19 hingga 26 Februari lepas sebagai usaha kerajaan menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri pada kalangan kaum terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan