Zeti Dilantik Semula Sebagai Gabenor Bank Negara

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini Rabu, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, ialah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958.

Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Dari segi kerjaya, beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara dari 1979 hingga 1984.

Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.

Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Sementara itu di IPOH, perdana menteri berkata, pelantikan semula Zeti sebagai gabenor akan dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan bank pusat.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Zeti, Bank Negara adalah sebuah institusi yang kukuh dan disegani masyarakat perbankan bukan sahaja di dalam malah di luar negara.

"Oleh itu, beliau wajar diberi peluang untuk meneruskan kepimpinan BNM di saat kita berdepan dengan suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011, di sini hari ini.

Najib berkata, sewaktu negara dilanda krisis ekonomi global, Malaysia tidak mengalami kesan kuat kerana mempunyai sistem perbankan yang kukuh dan mudah pulih.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bank Bank dalam Malaysia yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pelantikan Zeti sebagai perkembangan yang baik dan sangat disokong oleh masyarakat perbankan.

"Kami mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap beliau yang telah berjaya mempertingkatkan imej Malaysia di dalam sistem kewangan di dunia," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan