UNIK Kenal Pasti Potensi 113 Produk R&D Untuk Dikomersialkan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Pejabat Perdana Menteri telah mengenal pasti 113 hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada lima universiti dan dua institut penyelidikan awam yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.

Naib Presiden Eksekutif UNIK, Mohd Rizatuddin Mohd Ramli berkata, kesemua produk R&D itu dikenal pasti dalam fasa pertama bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, lima universiti berkenaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Manakala dua institut penyelidikan awam tersebut ialah SIRIM dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

"Sebanyak 1,100 projek telah diterima daripada pihak universiti dan selepas analisis dan penyenarai pendekkan dilakukan, didapati hanya 113 produk R&D berpotensi tinggi untuk dikomersilkan," katanya kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan UNIK dalam Bajet 2011, bagi tujuan mengkomersilkan hasil R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan tempatan.

UNIK merupakan sebuah pusat setempat untuk merumuskan dasar dan strategi bertujuan mewujudkan ekosistem yang kondusif dalam memacu pertumbuhan inovasi di dalam negara.

Mohd Rizatuddin berkata, antara kriteria bagi R&D yang dilihat berpotensi untuk dikomersilkan ialah dari segi saiz pasarannya dan perlindungan dari segi paten bagi dalam dan luar negara.

"Kita duduk bersama penyelidik, melihat projek mereka dari segi yang ada harta intelek (IP), dan tengok dari segi potensinya bagaimana untuk kita mempercepatkan dari segi pengkomersialannya," katanya.

Menurut beliau kebanyakan R&D tersebut adalah dalam bidang sains bahan, sains hayat dan bioteknologi.

USM dan UM telah menjalankan kajian dari segi diagnostik perubatan bagi penyakit tropikal seperti denggi, kolera dan deman kepialu.

Mohd Razatuddin juga berkata, R&D tersebut telah dibangunkan bagi tempoh antara lima dan lapan tahun dan akan memasuki pasaran tempatan terlebih dahulu pada tahun depan sebelum dipasarkan ke luar negara.

Katanya, sebanyak 10 universiti lagi akan terbabit, masing-masing lima bagi fasa kedua selama empat bulan bermula bulan depan dan fasa ketiga pada penghujung tahun ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan