Skim Pinjaman Mudah Untuk Unit Amanah Sedang Diteliti

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mengkaji satu pendekatan baharu untuk membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah menyertai pelaburan unit amanah melalui skim pinjaman mudah.

Perdana Menteri berkata, skim itu akan membolehkan golongan berkenaan melabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Butiran lanjut mengenai skim ini akan diumumkan dalam sedikit masa lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Amanah Saham Malaysia 2011, di sini hari ini.

Najib berkata, kewujudan skim itu akan memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapatan rendah untuk menyertai skim itu sekaligus memberi jaminan kepada masa depan mereka.

Mengulas lanjut mengenai skim berkenaan semasa sidang akhbarnya, Najib berkata, kerajaan telah berbincang dengan PNB untuk mewujudkan skim pinjaman bagi membolehkan golongan berkenaan melabur dan pinjaman itu dibayar balik melalui dividen yang akan diistiharkan PNB setiap tahun.

Beliau berkata pendekatan baharu itu diambil memandangkan keberkesanan tabung-tabung amanah PNB di dalam mendidik dan menyemai sikap melabur di kalangan rakyat Malaysia.

"Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan butiran lanjut skim ini," katanya.

Terdahulu, Najib menasihatkan golongan pelabur supaya tidak memikirkan keuntungan semata-mata tetapi keuntungan dengan risiko yang paling rendah dan berhati-hati dengan skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat yang tidak berlesen.

Beliau berkata, orang ramai jangan mudah terpedaya dengan skim-skim yang berkonsepkan "melabur RM1 boleh dapat RM1,000", walau pun menarik tetapi akhirnya menjadi mangsa penipuan.

"Melaburlah dalam unit amanah saham yang dikendalikan oleh PNB ini memandangkan pulangannya yang lumayan dengan risiko yang sangat minimum."

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan