RINGKASAN BERITA-BERITA UTAMA HARI INI

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KES BENJY DITANGGUH

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Benjy, yang menghadapi dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac tahun lepas, ditangguh sehingga esok selepas pelakon itu tidak hadir ke mahkamah kerana mengalami masalah kesihatan.

PROJEK E-MEL SATU MALAYSIA BUKAN WAJIB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

HARGA RON95 KEKAL

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 seliter dan belum bercadang untuk menaikannya, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

INDEK JENAYAH MENURUN

GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyeru pasukan polis supaya terus bekerja kuat selepas dapat menurunkan indeks jenayah di seluruh negara.

RACUN DALAM PRODUK KOSMETIK

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

PM KONGSI PENGALAMAN DENGAN BLOGER

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi minatnya dalam bidang sukan dengan para pembaca blog beliau dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika menghadiri acara sukan dua minggu lepas.

PENGIKTIRAFAN KEPADA BAHASA MANDARIN

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar negara, kerajaan turut memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada bahasa Mandarin.

SIASATAN VIDEO SEKS HAMPIR SELESAI

BUKIT MERTAJAM: Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan