PM: Projek E-mel 1Malaysia Tidak Guna Dana Awam

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri menjamin bahawa projek E-Mel 1Malaysia merupakan projek sektor swasta yang tidak melibatkan penggunaan dana awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweet beliau pada awal Rabu berkata, projek yang melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta tersebut tidak menggunakan duit kerajaan.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-Mel 1Malaysia ialah projek sektor swasta. Dana awam tidak digunakan dan ia dilakukan secara sukarela," katanya.

Projek E-Mel 1Malaysia menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Satu syarikat teknologi maklumat tempatan, Tricubes Berhad akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan