Kertas Siasatan Video Seks Diserah Ke Pejabat AG

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan.

"Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa, kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan," katanya kepada pemberita di sini selepas membuat lawatan di sekitar kawasan Kubang Semang di sini, Rabu.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Trio Datuk T itu mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks berkenaan.

Katanya, siasatan kes itu adalah menjurus kepada Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Bagaimanapun, akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik kenyataan trio terbabit sebagai berkata mereka tidak gentar malah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan undang-undang kerana penayangan video seks itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan