Isu Pembersihan Kawasan Awam: 5 PBT Kerjasama Ambil Alih Tugas Alam Flora

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan bekerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja pembersihan daripada Alam Flora Sdn Bhd berjalan lancar, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, lima PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

"Kesemua PBT terbabit akan mengadakan rundingan termasuk menentukan koordinasi kawasan persempadanan masing-masing serta kos bagi tujuan pengambilalihan kerja pembersihan berkenaan.

"Kerjasama ini juga bertujuan memastikan kerja pembersihan seperti memotong rumput di kawasan kediaman dan tepi jalan majlis serta kerja membersihkan longkang diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Abdul Khalid juga berkata, kerja pembersihan itu bukan bidang tugas baru untuk PBT kerana asalnya kesemua kerja berkenaan berada di bawah seliaan PBT sebelum tugas itu diambil alih oleh Alam Flora 10 tahun lepas.

Isnin lepas, kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada PBT di negeri itu kecuali perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di kawasan perumahan.

Menurut Abdul Khalid, keputusan itu diambil kerana Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal selain sering menerima aduan berhubung kebersihan.

Selain itu, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan oleh Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Jelas menteri besar itu lagi, beberapa masalah kecil mungkin timbul pada peringkat awal peralihan tugasan berkenaan tetapi sebarang masalah akan ditangani dengan segera dan berkesan demi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat.

Beliau juga berkata, lima PBT terbabit mempunyai sumber kewangan kukuh dan akan membantu PBT lain yang mempunyai pendapatan terhad seperti Majlis Daerah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk menguruskan kerja pembersihan di kawasan pentadbiran masing-masing.

"Dengan ini, kerja-kerja pembersihan di Selangor akan diseragamkan dan semua PBT akan bekerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan