Tun Rahman Abbas Dilantik Semula YDP Negeri P.Pinang

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Abdul Rahman Abbas pada Selasa dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pelantikan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau, yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Abdul Rahman, yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal iaitu pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan