Sultan Kelantan Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Perak

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang dikurniakan Darjah Kerabat Diraja Yang Dihormati (DK) mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-83 Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Selasa.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dianugerahkan Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Drs Sjachroedin ZP S.H pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu seorang akauntan bertauliah Datuk Ahmad Johan Raslan, Pengerusi The News Straits Times Press (NSTP) Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksektif Kumpulan Air Asia, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes.

Tiga penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin.

Penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Zalekha Hassan.

Seramai 53 dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir; Datuk Bridget Menezes; Cheah Keng Toh; Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi di Eeran Specialist Clinic Dr Eeran Jawlly Dass; Kol (B) Harbans Singh; Perunding Kanan Radiologi Dr Mohamad Abdul Kadir; Mohd Hisham Che Abdul Ghani; bekas ketua pasukan hoki negara N. Sri Shanmuganathan; Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Nur Azmi Ahmad; Pakar Perunding Anaesthesiologi, Institut Jantung Negara Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir.

Presiden Kelab Wanita Perak (Wilayah Persekutuan dan Selangor) Siti Hendon Chek; Yeoh Wooi Teong; Datuk Pearl Schubert; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol. (B) Husin Jazri; Pengarah Institut Kajian Tenga Solar, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Kamaruzzaman Sopian; Pengarah Urusan Sunway City Berhad Ngeow Voon Yean; Pengerusi The East Asian Institute Prof Wang Gungwu.

Chin Yan Oon@ Chin Gan Oon; Deamadoo a/l Narasimuloo; peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin; Termizi Mohamad; Abdul Jamil Mat Kasa; Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Ismail Saffian; Lew Sew Yee @ Liew Sew Yee; Lim Si Boon; Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin; Mohamed Sani Supi; Mohd Nazri Shahruddin; peguam Dr Naran Singh; Ooi Jing Ting; Puizah Abu Kassim; Dr R.Palan; Setiausaha Parti Gerakan negeri Perak See Tean Seng; anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu Sham Mat Sahat.

Mereka yang turut menerima DPMP ialah Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar; Dr Zakaria Abdul Kadir; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak Abu Hasan Mohd Isa; Pegawai Daerah dan Tanah Manjung, Ahmad Shafiee; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Asri Saad; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Jagjit Singh.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Mohd Rauhi Mohd Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengurusan Pelaburan Negeri Perak Muhammad Hafni Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Nursiah Arshad; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perak Syed Mokhtar Syed Iddris; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan turut dianugerahkan DPMP.

Penerima lain ialah Pengarah Kanan Bahagian Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Vasudevan a/l Natchimuthu; Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak Dr Dolbani Mijan; Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Maarif Al-Islamiah Abdul Majid Zainal Abidin; dan Wan Othman Wan Omar.

Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang juga membawa gelaran Datuk Pahlawan dianugerahkan kepada Panglima 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa Brig. Jen. Abdul Rahim Abdul Mutalib; Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Indonesia Mohd Anuar Rijaldin dan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.

Sultan Azlan Shah menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 14 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 65 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 25 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 192 penerima.

Ketua Biro Berita Harian Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan pemberita New Straits Times Jaspal Singh dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) manakala pemberita Utusan Malaysia, Ani Awang; pemberita The Star Chan Li Leen dan jurugambar Bernama Biro Perak Noraini Ahmad dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Seramai 274 orang dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 orang Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan