Petronas Jual Kepentingan Dalam Cairn India Pada Harga AS$2.1 Bilion - Berita Semasa | mStar

Petronas Jual Kepentingan Dalam Cairn India Pada Harga AS$2.1 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah melupuskan kepentingannya sebanyak 15% dalam Cairn India pada harga AS$2.1 bilion.

Pihak media difahamkan, kepentingan tersebut dilupuskan kepada sebuah firma Britain - Vedanta.

Pelupusan kepentingan di dalam Cairn India merupakan satu transaksi yang membawa kepada penamatan hubungan Petronas dengan firma tersebut sejak tahun 2006, kata Petronas dalam satu kenyataan.

Petronas tidak menyatakan siapakah pembeli saham mereka di dalam Cairn India.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan