Najib Puji Komuniti Perniagaan EPP Tolak Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa memuji pemilik perniagaan dalam Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana berpegang teguh menolak rasuah.

Perdana Menteri berkata ikrar mereka terhadap integriti telah menjadikan Malaysia sebuah negara dengan persekitaran perniagaan yang kondusif pada masa ini dan masa depan.

"Ini merupakan suatu perkara yang penting bagi tokoh korporat di Malaysia memandangkan mereka bersama-sama memerangi rasuah dan membantu Malaysia mengukuhkan ekonominya dengan kita menuju ke arah Wawasan 2020," kata beliau pada majlis pengumuman Perkembangan Terkini Kelima ETP di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala.

Sebanyak 16 komuniti perniagaan EPP tampil untuk menyatakan komitmen mereka terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Mereka telah menyatakan ikrar mereka dengan menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Prinsip Pencegahan Rasuah Untuk Syarikat di Malaysia.

Najib menyaksikan acara menandatangani ikrar tersebut.

Dengan ikrar itu, syarikat-syarikat boleh secara sukarela membuat deklarasi unilateral yang ia tidak akan melakukan rasuah, akan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan mendukung prinsip pencegahan rasuah untuk syarikat di Malaysia dalam menjalankan perniagaannya dan dalam hubungan dengan rakan kongsi perniagaan serta kerajaan.

"Saya bangga untuk menyatakan bahawa beberapa syarikat pertama yang menyatakan tidak kepada rasuah dan menandatangani ikrar ini adalah rakan kongsi dalam EPP yang diumumkan sebelum ini dalam ETP.

"Beberapa rakan kongsi projek ETP yang diumumkan hari ini juga akan tampil untuk menunjukkan komitmen mereka ke arah ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan