Kerajaan Jepun Tangani Krisis Nuklear Dengan Betul

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun telah menangani krisis nuklear yang melanda negara itu baru-baru ini dengan baik.

Duta Ukraine ke Malaysia, Ihor V. Humennyi berkata, tindakan kerajaan Jepun menyebarkan maklumat mengenai kebocoran loji nuklear di Fukushima Daiichi adalah tindakan tepat untuk mengelakkan lebih ramai rakyat negara itu terkena kesan radiasi akibat letupan itu.

Katanya, apabila berlaku sesuatu letupan dan kebocoran terhadap loji nuklear, keselamatan rakyat perlu diutamakan memandangkan radioaktif yang tersebar membahayakan orang awam.

"Itu adalah tindakan tepat dan wajar dilakukan apabila krisis seperti itu berlaku supaya rakyat setempat boleh dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat," katanya pada Forum Bencana Chernobyl dan Krisis Nuklear Jepun di Wisma Bernama, Selasa.

Humennyi berkata demikian ketika membuat perbandingan kejadian kebocoran loji nuklear Chernobly di Ukraine 25 tahun lalu yang mengakibatkan aktiviti ekonomi dan sosial lumpuh.

Katanya, keputusan kerajaan Soviet Union yang memerintah ketika itu gagal memaklumkan kejadian kebocoran loji kepada rakyatnya telah meninggalkan kesan buruk selama bertahun-tahun di negara itu.

"Lebih lima juta penduduk menerima kesan buruk akibat kejadian itu kerana maklumat mengenai letupan tidak dimaklumkan kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan Ukraine membina semula loji nuklear yang musnah itu, Humennyi berkata, beliau percaya pihak kerajaan telah mengambil langkah berhati-hati dan mengambil pengajaran terhadap apa yang telah berlaku.

Ujarnya, pembinaan semula loji tersebut juga tidak dibuat dengan tergesa-gesa tetapi melalui proses yang panjang.

"Malah ia masih di peringkat pembinaan semula dengan mengambil kira semua faktor keselamatan supaya kejadian serupa tidak berulang lagi," katanya.

Insiden di loji nuklear Chernobyl, kira-kira 130 kilometer dari bandar Kiev itu, berlaku pada 24 April 1986 dan merupakan petaka nuklear yang paling buruk dalam sejarah dunia.

Ia menimpakan kemusnahan besar bukan sahaja ke atas alam sekitar, malah menjejas kesihatan ribuan manusia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan