Dr. Chan Kekal Presiden SUPP Hingga Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP ), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang mahu berundur dari arena politik akan kekal sebagai peneraju parti itu sehingga perhimpunan agung akhir tahun ini.

Bendahari SUPP, Datuk David Teng memberitahu demikian kepada pemberita di sini Isnin.

Sebelum itu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu menolak surat peletakan jawatan Dr. Chan dan Setiausaha Agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.

CWC dalam perjumpaan mereka memutuskan kedua-dua pemimpin SUPP berkenaan akan terus memegang jawatan mereka sehingga pemilihan pimpinan pada kongres parti itu akhir tahun ini.

Terdahulu Dr. Chan berkata, beliau membuat keputusan tersebut ekoran tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau di sini dengan majoriti 1,590 undi dalam pilihan raya negeri, Sabtu lalu.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan yang juga penyandang meraih 4,408 undi. Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan