Presiden SUPP Akan Letak Jawatan - Berita Semasa | mStar

Presiden SUPP Akan Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam akan bersara daripada bidang politik dan melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Dr Chan berkata, beliau membuat keputusan tersebut ekoran tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau di sini dengan majoriti 1,590 undi dalam pilihan raya negeri, Sabtu lalu.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan yang juga penyandang meraih 4,408 undi. Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

"Saya akan bersara daripada politik, Saya akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin SUPP pada Selasa ini. Selepas berbincang dengan mereka tentang peralihan kuasa pimpinan, saya akan membuat pengumuman.

"Sudah sampai masanya saya bersara daripada politik. Saya berharap SUPP akan diambil alih oleh mereka yang berkebolehan dan parti akan terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada The Star, Ahad.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan peralihan undi pada DAP selepas rakyat tempatan menyokongnya untuk tempoh 30 tahun, Dr Chan berkata: "Saya tidak menyalahkan sesiapa dan tiada rasa marah dan kecewa dalam hati saya."

Katanya, beliau telah melakukan yang terbaik untuk parti dan rakyat Miri serta Sarawak.

Tambahnya, kekalahan calon-calon parti serta beliau sendiri adalah di luar kawalannya.

"Usah bimbang, saya dapat menerimanya," katanya secara berseloroh.

Mengenai rancangan masa depan, Dr Chan memberitahu, beliau akan kekal berada di Miri dan berhasrat membangunkan bandar itu atas kapasiti yang berlainan.

"Saya suka Miri. Keputusan pilihan raya ini tidak mengurangkan rasa cinta terhadap Miri dan rakyatnya," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan