Kelonggaran Untuk Bekas Tentera Sertai Polis - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Kelonggaran Untuk Bekas Tentera Sertai Polis - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan dua kelonggaran -- kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan -- kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan, katanya.

"Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan supaya bekas-bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai rasional cadangan penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan itu akan dilaksanakan.

Hishammuddin berkata sejak pengambilan fasa pertama dilaksanakan Januari lepas, seramai 101 bekas tentera diambil dan dilantik sebagai konstabel dan konstabel sokongan dan mereka kini menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Kesemua mereka dipilih setelah lulus syarat kelayakan menyertai pasukan polis, berumur di bawah 45 tahun, serta telah berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan