Kejayaan Terbesar DAP Ialah Memisahkan Masyarakat Cina Dari Yang Lain - Dr M

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejayaan terbesar DAP pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu ialah memusnahkan konsep perkongsian kuasa dan kekayaan antara pelbagai kaum yang selama ini dijuarai oleh Barisan Nasional (BN) dengan memisahkan masyarakat Cina daripada yang lain.

Kata Dr Mahathir, beliau mungkin akan dilabel sebagai rasis kerana memperkatakan tentang hal ini tetapi selama lebih setengah abad, pelbagai bangsa di Malaysia telah bekerjasama untuk membina sebuah negara.

“Dunia telah menyaksikan sebuah pakatan politik yang kukuh yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan kekayaan oleh pelbagai bangsa yang boleh dikatakan dilakukan secara adil. “Tidak ada satu bangsa pun yang mampu memperolehi apa yang mereka inginkan kesemuanya atau rasakan berhak - sama ada Melayu atau Cina atau India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Semua terpaksa berkorban sesuatu demi perkongsian ini. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi perkongsian. Tetapi kini itu semua telah musnah...,” katanya di dalam entri terbaru blog beliau, Isnin.

Dr Mahathir menambah, sistem dua parti yang dilaung-laungkan yang berasaskan kaum tidak akan membantu kepada kestabilan negara atau perpaduan kaum.

Sebaliknya, kata beliau, Malaysia akan berhadapan dengan ancaman bahaya dipisahkan oleh dua parti - satu didominasi oleh Melayu secara tidak sengaja dan satu lagi oleh kaum Cina secara pilihan.

“Tidak lama lagi kita akan mengadakan pilihan raya umum yang ke-13. Saya hanya dapat mendoakan agar paten pengundian sepertimana di Sarawak tidak berulang,” ujar Dr Mahathir lagi.

Beliau juga menuduh DAP sebagai bertanggungjawab memisahkan masyarakat Cina daripada kaum-kaum yang lain dengan cara mengenepikan BN.

Ia kata Dr Mahathir bagaikan satu jangkitan virus.

Virus ini katanya telah menyebabkan masyarakat Cina menolak kepelbagaian bangsa dengan memilih DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak iaitu menambah perwakilan parti itu dari enam kepada 12 kerusi.

Dalam nada yang menyindir Dr Mahathir berkata, pada masa lalu, DAP hampir secara total ditolak di Sarawak.

“Mungkin apa yang berlaku ini juga kerana kesilapan SUPP tetapi yang lain-lain di dalam BN juga turut melakukan beberapa kesilapan. Tetapi yang menolak BN boleh dikatakan dilakukan oleh masyarakat Cina sahaja.

“Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa politik rasis ke Sarawak,” katanya. Sebelum ini tambah beliau lagi, semua bangsa di Negeri Sarawak bekerjasama dengan baik demi kebaikan dan kestabilan negeri itu.

Namun, katanya, sekarang semua dapat melihat dengan jelas bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah menolak kerjasama pelbagai kaum sebagaimana yang mereka tunjukkan pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Pada masa yang sama Dr Mahathir masih mengucapkan syabas kepada BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana mampu mempertahankan majoriti dua pertiga di sebalik kempen-kempen yang dijalankan oleh pembangkang.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan