Bekas Tentera Sedia Berkhidmat Dengan Polis

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas tentera sedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam pasukan polis dalam usaha mencegah jenayah dan memelihara ketenteraman dalam negara.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, beliau yakin mereka yang terlatih serta berpengalaman dapat meneruskan perjuangan mempertahankan keselamatan negara kerana rata-ratanya bersara wajib pada usia pertengahan atau muda.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan bekas tentera menyahut tawaran kerajaan menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dengan adanya peluang sebegini, mereka dapat memanfaatkan ilmu ketenteraan dalam kerjaya kepolisan. Sekiranya dulu, mereka mempertahankan negara daripada ancaman luar. Sekarang mereka mempertahankan negara daripada ancaman dalaman pula.

"Ini perlu diperluaskan agar perjuangan mereka demi kesejahteraan negara berterusan," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, Isnin, bahawa kerajaan memberikan dua kelonggaran iaitu kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang menyertai PDRM.

Beliau berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Menurutnya, tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Persatuan Bekas Polis Malaysia, Mohd Hanafiah Abdul Manap berkata, langkah kerajaan tersebut amat dialu-alukan kerana ia memberi peluang terbaik kepada bekas tentera untuk menyumbangkan tenaga mereka selepas bersara wajib.

Katanya, bekas tentera telah mempunyai pengalaman serta kemahiran persenjataan dan ini bermakna mereka tidak perlu menjalani latihan panjang seperti pelatih lain.

"Mereka tidak perlu menjalani latihan menembak lagi. Sebaliknya mereka hanya perlu mempelajari undang-undang berkaitan kepolisan untuk menjalankan tugas sebagai anggota polis," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan