Anggota Kabinet Sarawak Angkat Sumpah

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lepas, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota kabinet negeri yang baru pada Isnin setelah Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.

Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan; seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah.

Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.

Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Abdul Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu lepas setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan