Akhbar Akan Terus Kekal Untuk Tempoh Yang Lama - KP Perpustakaan Negara

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akhbar masih dilihat sebagai sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan manusia dan akan terus berada di pasaran untuk satu tempoh masa yang agak panjang, demikian kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.

Katanya, masyarakat masih bergantung kepada akhbar untuk memperolehi maklumat termasuklah keperluan untuk membuat penyelidikan walaupun telah wujud media secara dalam talian.

“Sebenarnya kita memerlukan kedua-duanya. Media dalam talian hanya baru sahaja bermula tetapi suratkhabar telah wujud di pasaran sejak sekian lama. Ia akan tetap mengambil masa untuk terus bertahan sebelum menjadi pupus.

“Ini kerana ramai yang masih bergantung kepada suratkhabar hanya kerana mereka lebih selesa membaca laporan yang dicetak. Bahan bercetak masih berpengaruh dan masih menjadi sumber bacaan yang popular...ia adalah aset intelektual yang masih penting,” katanya pada satu sidang akhbar di sini, Isnin.

Sidang akhbar itu diadakan bagi mengumumkan bahawa Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada Persidangan Antarabangsa Tahunan Mengenai Akhbar anjuran Persekutuan Antarabangsa Persatuan Institusi Perpustakaan pada akhir bulan ini.

Kata Raslin, ini adalah kali pertama Malaysia menjadi hos kepada persidangan antarabangsa itu.

“Dan kita dipilih kerana keunikan kepelbagaian latar belakang budaya kita dan juga kerana negara kita menerbitkan akhbar dalam pelbagai bahasa.

“Perpustakaan Negara sendiri telah mengumpul dan mendokumentasikan sejumlah 547,803 naskhah akhbar dari 94 judul dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, bahasa etnik Sabah dan Sarawak serta Punjabi dan Urdu,” ujarnya.

Kata Raslin, akhbar tertua dalam koleksi Perpustakaan Negara adalah bertarikh 1 Disember 1896.

Adalah dijangkakan lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara bakal menghadiri persidangan antarabangsa itu yang akan berlangsung di Perpustakaan Negara dari 25 hingga 27 April.

Antara lain, persidangan itu nanti akan membincangkan tentang akhbar dalam era digital, teknologi terkini dalam dunia persuratkhabaran dan cara-cara terkini untuk menguruskan akhbar yang dicetak dan akhbar dalam talian di dalam simpanan perpustakaan.

Mereka yang berminat untuk menyertai persidangan bolehlah menghubungi 03-2681 5404 atau faks ke nombor 03-2681 9687.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan