Undi Protes Rakyat Berikan Kemenangan PKR Di Tiga Kerusi

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keupayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi hanya tiga daripada 49 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 memusnahkan impian parti itu untuk membentuk kerajaan baru.

Pencapaian rakan sekutunya iaitu DAP yang berjaya mendapat 12 kerusi daripada 15 kawasan ditandingi, PKR ternyata gagal mendapat sokongan rakyat Sarawak walaupun pengerusi negerinya Baru Bian dicanang sebagi bakal ketua menteri.

Sewaktu awal pilihan raya, PKR dilihat bercita-cita tinggi menjadi kuasa dominan di negeri ini dengan meletakkan 49 calon walaupun bertindih dengan kawasan ditandingi DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Pertelagahan menjadi semakin serius sehingga menyaksikan perang mulut antara pemimpin SNAP Edwin Dunang dan Setiausaha Kehormat Stanley Jugol dengan beberapa pemimpin pusat PKR termasuk Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali memuncak menjelang hari penamaan calon.

Akibatnya, SNAP mengumumkan parti itu bertanding di 26 kawasan tanpa mempedulikan desakan DAP dan PKR yang sepatutnya menjadi rakan bersekutu untuk menghadapi BN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata kekalahan PKR antara lain berpunca daripada masalah integriti pemimpin parti itu.

Rakyat Sarawak dilihat mula mempersoalkan kredibiliti Anwar berhubung kes liwat yang masih tertangguh, isu video seks yang pelaku lelakinya mirip ketua pembangkang serta yang terbaru, kenyataan terbuka pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dalam temu bual eksklusif dengan TV3 baru-baru ini.

Kredibiliti Anwar tercalar apabila lawatan beliau ke sebuah rumah panjang di Melekun, Kapit berakhir dengan pertanyaan tuai rumah Edison Bugab tentang kes liwat, video seks serta jam tangan Omega, menyebabkan Ketua Pembangkang menghentikan ceramahnya dan meninggalkan kawasan walaupun baru meluangkan masa 20 minit.

Bagi Baru Bian, akhirnya berjaya dalam percubaan ketiganya merebut kerusi Ba'kelalan, menewaskan calon Barisan Nasional daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Willie Liau, dengan majoriti kecil 473 undi mungkin boleh mengubat sedikit hatinya walaupun terlepas peluang menjadi ketua menteri.

Jika dilihat daripada segi statistik, jumlah 117,700 undi yang diterima calon PKR agak tinggi tetapi ia tidak menunjukkan parti itu popular di kalangan rakyat tempatan, sebaliknya dianggap sebagai undi protes rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang telah lama memegang tampuk pemerintahan.

Enam daripada 49 calon PKR manakala 25 daripada 26 calon SNAP hilang wang deposit kerana gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi keseluruhan.

Pengundi di Sarawak, berdasarkan pendapat beberapa penganalisis politik, sukar menerima kemunculan parti-parti dari Semenanjung termasuk PKR sendiri.

Bagi mereka, ideologi PKR yang hanya mementingkan kepentingan peribadi individu tertentu, tidak dapat diterima kerana sepatutnya kepentingan rakyat diutamakan.

Kempen agresif mereka yang sering menimbulkan provokasi tidak dapat diterima disebabkan gaya hidup masyarakat Sarawak terkenal dengan sikap saling menghormati antara satu sama lain, hatta daripada pemimpin parti lawan sendiri.

Bagi SNAP, parti majoriti Iban, yang hanya dihidupkan kembali pada tahun lepas bukan sahaja gagal malah disaran "tutup kedai" dan bekerjasama dengan BN dalam memperjuangkan nasib penduduk di luar bandar.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dr James Masing membuat saranan itu ekoran kegagalan SNAP memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan