Seorang Pelatih Pulapol Dimasukkan Ke HKL Akibat ILI

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang hadir ke pusat itu pagi Sabtu untuk sesi lapor diri dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah disahkan mengalami gejala penyakit serupa influenza (ILI).

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata konstabel lelaki itu pada mulanya dimasukkan ke HKL pada pukul 10 pagi setelah disyaki menghidap denggi, namun rawatan susulan mengesahkan beliau mengalami ILI.

"Sepuluh lagi pelatih, iaitu tiga konstabel lelaki, empat inspektor lelaki dan tiga inspektor wanita pula terpaksa diasingkan setelah kami mendapat nasihat dari HKL.

"Mereka dilapor mengalami suhu badan yang tinggi atau demam panas," katanya kepada pemberita pada sesi lapor diri pelatih pusat itu di sini, Sabtu.

Zulkifli berkata keadaan itu dikesan dalam ujian saringan kesihatan yang dijalankan bersama Kementerian Kesihatan kepada semua pelatih yang kembali bagi meneruskan latihan setelah dua minggu bercuti akibat jangkitan adenovirus sejak dua bulan lepas.

Beliau berkata 1,963 pelatih konstabel dan inspektor dijangka melapor diri hari ini bagi meneruskan latihan selepas diberi cuti oleh pihak hospital dan polis setelah tersebarnya virus yang meragut nyawa tiga pelatih pusat itu.

"Kami jangka akan mulakan kembali sesi latihan Isnin," katanya.

Beliau berkata sesi latihan mungkin akan dilanjutkan akibat tergendala selama dua bulan.

"Semua sedia maklum bahawa latihan tergendala selama dua bulan...Jadi, kita telah buat cadangan kepada ibu pejabat dan tengah tunggu kelulusan berhubung peruntukan yang dijangka hampir RM2 juta untuk mohon perlanjutan dua bulan ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan