PRN Sarawak: PAS Tewas Di Semua Kerusi

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: PAS sekali lagi gagal menempatkan wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak apabila gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya negeri ke-10 pada Sabtu.

PAS bertanding di lima kerusi iaitu di kawasan DUN Tanjong Datu, Muara Tuang, Sebuyau, Beting Maro dan Sadong Jaya.

Daripada lima kerusi berkenaan, PAS mempertaruhkan dua calon wanita yang kedua-duanya berhadapan dengan calon heavy weight Barisan Nasional (BN).

Di DUN Tanjong Datu, PAS menerusi calonnya Nani Sahari tewas di tangan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dengan majoriti 3,216 undi.

Adenan yang juga penyandang kerusi berkenaan mendapat 4,218 undi, Nani hanya memperoleh 1,002 undi manakala seorang lagi calon Bebas, Gilbert Asson Kulong mendapat 215 undi.

Seorang lagi calon PAS, Noraini Hamzah, turut tewas di tangan BN di DUN Muara Tuang ditangan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud.

Noraini mendapat 3,196 undi manakala Mohamad Ali mendapat 11,039 undi.

Turut tewas ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dalam persaingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.

Calon BN, Julaihi Narawi mendapat 4,045 undi sementara Adam mendapat 1,769 undi manakala seorang calon Bebas, Ali Semsu hanya 62 undi.

Sementara itu di DUN Beting Maro, calon BN, Razali Gapor mendapat 3,069 undi manakala wakil PAS, Abang Kerdee Abang Masagus mendapat 2,678 undi.

Turut kecundang wakil PAS di DUN Sadong Jaya ialah Abang Eddy Allyanny yang mendapat 3,949 undi sementara calon BN Aidel Lariwoo mendapat 1,096 undi.

Sementara seorang lagi calon Bebas di DUN berkenaan iaitu Mahayudin Wahab hanya mendapat 402 undi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan