PRN Sarawak: Najib Faktor 'X' Kejayaan BN

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperolehi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Sarawak ke-10 adalah hasil kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta wakil-wakil BN yang kerap turun padang menemui rakyat.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kehadiran pemimpin tertinggi itu memberikan suatu jaminan kepada mereka bahawa BN komited memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, gagasan 1Malaysia ilham Najib adalah resipi kejayaan kerana ia berjaya memenuhi permintaan rakyat sehingga mereka menterjemahkan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini.

"Sebelum pilihan raya pun, BN sudah lama memenuhi permintaan rakyat. Misalnya, salah satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar," katanya kepada mStar Online di sini.

Sementara itu, Zainal memberitahu, kerajaan dalam pilihan raya itu berjaya menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang berbanding pilihan raya umum lalu.

Mengambil contoh desakan pihak tertentu supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur, katanya, Najib telah memaklumkan bahawa wujudnya peralihan kuasa secara sistematik.

Jelasnya lagi, keadaan adalah berbeza ketika pilihan raya umum lalu kerana banyak tuduhan tidak dijawab oleh kerajaan.

"Di pihak pembangkang pun, ada Lim Kit Siang, Karpal Singh, kenapa mereka tidak dijadikan sebagai isu?" katanya.

Walaupun BN memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya negeri Sarawak, Sabtu, BN hilang tujuh kerusi kepada parti pembangkang. Ini kerana BN hanya memperolehi 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 62 kerusi DUN pada 2006.

Mengenai salah satu sebabnya iaitu undian Cina yang berpihak kepada pihak pembangkang khususnya DAP, Zainal berkata, ini adalah ekoran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan MCA terikut-ikut rentak pembangkang.

Katanya, parti-parti komponen BN tersebut tidak mempunyai bahan kempen sendiri bagi membalas hujah pembangkang.

"Apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan apa yang dilontarkan oleh parti pembangkang seperti yang berlaku di PRU sebelum ini, maka mereka terperangkap dengan taktik pembangkang," jelasnya.

Tambahnya, segelintir pengundi Melayu mengundi parti pembangkang sebagai tanda protes atas sebab-sebab tertentu.

Dalam pada itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain daripada Pusat Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) turut mengenal pasti faktor Najib sebagai perencana kejayaan BN dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, masyarakat peribumi amat menghargai kedatangan tetamu apatah lagi mereka merupakan orang kenamaan dan berpangkat besar.

Ditanya mengenai pengurangan bilangan kerusi yang diperolehi BN kali ini, Ahmad Atory memberitahu, ini berpunca daripada golongan muda yang memprotes ditambah pula mempunyai banyak parti pilihan untuk diundi.

"Mereka barangkali mendambakan perubahan pucuk pimpinan Sarawak. Dan protes ini bukan datang daripada orang ramai dan pihak pembangkang bahkan pihak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta parti komponen BN yang lain.

"Ini kerana terdapat pemimpin pelapis yang berkebolehan untuk menggantikan beliau," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan