BMI Pelajar Dicatat Dalam Kad Laporan Prestasi - Liow

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.

"Dengan langkah itu, jika ada yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan kembali berat badan yang ideal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, Ahad.

Beliau berkata selain itu, berkuatkuasa serta merta penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan tidak lagi dibenarkan di kantin-kantin sekolah.

"Penjaja di kawasan sekolah juga tidak lagi dibenar menjual makanan dan minuman ringan berkenaan," katanya.

Langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lepas adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa obesiti yang tinggi.

"Kajian Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah mereka yang mengalami obesiti.

"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Liow berkata negara ini masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetis yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan.

"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman NCD ini. Kini dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetis dan 4.8 juta menghidap hipertensi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan