PRN Sarawak: Penyokong Pembangkang Dakwa Wujud Pengundi Hantu

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suasana proses pengundian di Dewan Datuk Merpati Jepang di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa mereka sebagai ejen tempat mengundi yang dipercayai wakil parti pembangkang mendakwa wujud pengundi hantu di pusat mengundi berkenaan.

Lima individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki yang memasuki kawasan tempat mengundi cuba menarik perhatian polis dan wakil media dengan mendakwa mereka mengenal pasti beberapa pengundi hantu dibawa masuk oleh Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang kebetulan berada berdekatan memasuki kawasan pusat pengundi berkenaan dan meminta pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada lima individu terbabit.

Namun kelima-lima individu itu hanya menunjukkan pas SPR bewarna biru tanpa gambar serta gagal mengemukakan borang sumpah kerahsian bewarna merah jambu.

Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata beliau menerima maklumat daripada jentera BN bahawa wujud kumpulan pembangkang yang menggunakan pas SPR untuk memasuki kawasan 50 meter pusat mengundi.

"Kita dapat kesan kumpulan berkenaan yang hanya datang untuk membuat kacau di pusat mengundi.

"Kalau di sini ada, saya yakin mungkin ada lagi kumpulan seperti ini di pusat mengundi lain...saya akan periksa," katanya ketika ditemui media.

Sementara itu salah seorang individu yang mencetuskan kekecohan berkenaan, Norhesni Ismail berkata, hasil pemerhatiannya wujud beberapa pengundi hantu.

Malah beliau turut mendakwa bahawa wujud beberapa penyokong BN yang tidak mematuhi larangan SPR apabila memakai kemeja-T tertera lambang BN.

"Mereka juga pakai logo 1Malaysia, itu kira berkempen. Saya nak tanya, 1Malaysia itu milik BN atau Pakatan Rakyat? Mereka cuba berkempen," katanya.

Namun sebelum ini SPR menyatakan bahawa pemakaian kemeja-T atau aksesori lain yang bercetak logo 1Malaysia tidak menjadi kesalahan kerana ia tidak berunsur kepartian.

Akibat kekecohan yang berlarutan, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerahkan ke pusat pengundian berkenan bagi meleraikan keadaan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan