PRN Sarawak: Kronologi Pengundian DUN Pending

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT kronologi proses pengundian bagi pilihan raya negeri ke-10 Sarawak di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending, Kuching yang bermula 8.00 pagi.

11.20 pagi: Di DUN Samariang, calon BN Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bertembung dengan Zulrusdi Mohamad Hol dari Parti Keadilan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Encik Buyong.

10.20 pagi: Seramai 146 pengundi telah membuang undi setakat pukul 10.00 pagi.

10.00 pagi: Calon BN, Prof Dr.Sim Kui Hian melawat pengundi di Dewan Masyarakat KCPA.

Sepanjang tinjauannya di beberapa pusat pengundian sekitar kawasan Pending, Dr Sim berkata, 10 hingga 15 peratus pengundi telah membuang undi. Namun, beliau enggan terlalu yakin memandangkan proses mengundi masih terlalu awal. Cuaca baik dan melancarkan proses pengundian di sini.

9.40 pagi: Suasana di pusat pengundian tenang dan kehadiran pengundi semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tiada sebarang insiden/kekacauan yang tidak diingini berlaku.

Violet menyuarakan rasa gembira mengenai jumlah kehadiran pengundi dan yakin rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat bagi membawa perubahan baru dalam tampuk kepimpinan di Sarawak.

9.15 pagi: Calon DAP di kerusi DUN Pending, Violet Yong membuang undi di sini.

9.00 pagi: Sehingga pukul 9.00 pagi, seramai 137 pengundi membuang undi di Dewan Masyarakat KCPA, Kenyalang Park. Jumlah tersebut dimaklumkan oleh penyelia pusat undi, Nasir Ahmad.

8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.

(Lagi berita menyusul)

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan