Pengundian Pilihan Raya Sarawak Ke-10 Bermula

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi Sabtu di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26 kawasan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49 kawasan), PAS (5 kawasan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6 kawasan). Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan (tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enam penjuru).

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat turut dilaksanakan memandangkan ada pemilih yang tinggal jauh di pedalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menggunakan sekolah, rumah panjang, balai raya dan dewan sebagai pusat mengundi.

Pengundi paling ramai ialah di kawasan Pending (29,498 orang) manakala pengundi paling sedikit ialah di Ba'Kelalan (6,958 orang).

Helikopter akan digunakan untuk 15 pusat mengundi.

Pengundian ditutup pada 5 petang tetapi jauh lebih awal di kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pemilih yang agak kecil.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan