Jangan Terperdaya Khabar Angin Pembangkang Menang, BN Tumbang - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pembangkang sudah berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya Sarawak, Sabtu.

Beliau berkata, khabar angin berkenaan tidak benar kerana proses pengundian yang bermula pukul 8 pagi tadi masih berlangsung dan hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

"Ada berita khabar angin di Internet yang dibuat oleh pembangkang kononnya mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, manakala pakatan pembangkang ambil alih.

"Ini merupakan satu pembohongan, pengundian belum selesai... undi pun belum dikira," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, Sabtu.

Tambah beliau, tindakan menyebarkan khabar angin seumpama itu hanya dibuat oleh kumpulan terdesak justeru berharap agar rakyat tidak mudah terpedaya.

"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)... saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu seumpama itu," katanya.

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak.

Menurutnya, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang menuju ke London atau Amerika Syarikat.

"Kalau mereka menang mesti beliau tunggu sampai habis, kenapa awal-awal sudah tinggalkan Sarawak?

"Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua tempat mengundi kononnya takut jadi apa-apa," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan