Hentian Puduraya Mula Operasi Hari ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah lebih setahun ditutup untuk menjalani pengubahsuaian sejak Mac lalu, Hentian Puduraya mula beroperasi sepenuhnya pada Sabtu dengan sebahagian besar kaunter tiket bas dibuka kepada orang ramai.

Tinjauan mStar Online mendapati, ramai warga kota sengaja datang untuk meninjau infrastruktur yang membabitkan belanja ubah suai sebanyak RM52 juta sambil membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu.

“Saya bukan datang beli tiket, sengaja nak tengok perubahan baru (Puduraya). Nampaknya lebih sistematik dan teratur.

“Kemudahan untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga lebih lengkap dengan lif, eskalator juga tandas dan surau,” kata Latipah Abdul Wahab, 26 yang merupakan eksekutif perakaunan.

Sementara Reduan Jusoh, 29, dari Alor Setar, Kedah pula mengharapkan agar penaik tarafan Hentian Puduraya bukan sekadar luaran.

“Nampaknya macam teknologi terkini digunakan untuk memudahkan urusan penjualan tiket dan keselesaan pengunjung. Tetapi diharapkan agar pemantauan berterusan dilakukan agar ia tidak menyusahkan kami pula kelak,” tegasnya yang kerap pulang ke kampung halamannya.

Dalam pada itu, beberapa bekas kakitangan syarikat pengusaha bas meluahkan rasa kesal apabila lebih 500 orang di kalangan mereka terpaksa diberhentikan kerja ekoran penguatkuasaan peraturan baru Hentian Puduraya bagi menangani kegiatan ulat tiket.

Sebahagiannya merupakan bekas jurujual tiket, penyelia platform dan jadual bas daripada Haider, Shamisa dan Sutera Ekspress mendakwa pihak pengurusan langsung tidak mempedulikan nasib mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan miskin.

Menurut Saiful Apli Almy Zulkeifly, 27, ada di antara mereka sudah berkhidmat selama 15 hingga 20 tahun dan mempunyai ramai tanggungan selain ramai generasi muda sepertinya yang sedang membina keluarga.

“Kami kesal apabila terdapat syarikat (pengusaha bas) yang lebih besar sengaja melanggar peraturan itu dengan menempatkan 'ulat-ulat' mereka sehingga ke stesen LRT untuk meraih pembeli,” katanya yang berkhidmat selama setahun dengan Mayang Sari.

Dalam usaha mengekang gejala ulat tiket, sebuah ruang menempatkan 102 buah kaunter tiket diperuntukkan khas di tingkat satu untuk urusan tempahan tiket yang lebih sistematik tanpa kehadiran peraih-peraih seperti sebelumnya.

Sementara anggota keselamatan berpakaian seragam 'Polis Bantuan UDA Holdings' turut kelihatan di kaunter tiket, platform bas dan pintu masuk terminal Hentian Puduraya untuk memantau kemunculan ulat tiket serta memastikan kelancaran lalu lintas.

Hentian Puduraya yang dibuka pada 1976, ditutup sementara sejak Mac tahun lalu selepas kerajaan mendapati terminal di hentian itu perlu dinaik taraf dan diubah suai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping menjamin keselesaan orang ramai.

Ia sepatutnya dibuka pada Disember 2010 tetapi ditangguhkan kepada 1 Mac tahun ini. Bagaimanapun tarikh pembukaan ditangguhkan lagi sehingga dibuka sepenuhnya hari ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan