Tiada Satu Kaum Di Malaysia Boleh Dapat Semua Yang Dikehendaki - Dr M

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tiada satu kaum pun boleh mendapat 100 peratus hak mereka dipenuhi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita mesti menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mendapat semua kehendak kita dipenuhi. Kita perlu mengorbankan hak kita untuk menampung permintaan orang lain bagi mewujudkan masyarakat yang aman damai dan stabil untuk memacu pembangunan lebih pesat, maju dan makmur," kata Dr Mahathir semasa berucap dalam satu program "Berambeh Jegem" di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta kira-kira 3,000 orang yang berhimpun di sebuah hotel di sini untuk mendengar ucapan bekas pemimpin utama Malaysia.

Taib akan mempertahankan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 esok.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir bercakap panjang mengenai pentingnya sebuah kerajaan yang kukuh, hebat dan bertanggungjawab untuk mewujudkan peluang perniagaan yang membolehkan orang ramai mendapat pendapatan tetap dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

"Inilah yang dilakukan dan menjadi dasar kerajaan Malaysia di bawah perdana sebelum ini Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, saya sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak supaya berpengetahuan luas dan bijak melaksanakan hak demokratik mereka untuk memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian tersebar luas di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia mengelakkan diri daripada bersikap konfrontasi dan sebaliknya hendaklah bertoleransi dan akomodatif seiring dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju.

Dr Mahathir turut memuji kepimpinan Najib, dan menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, Najib sepatutnya mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, fahaman agama dan kepercayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan