Tarikh Akhir Hanyar Borang BE 30 April Ini

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada 30 April ini.

Kegagalan mengemukakan borang ini adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai untuk mengemukakan borang itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat.

Untuk keterangan lanjut, pembayar cukai boleh melayari laman web rasmi LHD Ndi www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-3010. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan