Sokongan Kaum Cina Kepada Pembangkang Semakin Menurun - Ku Li

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Penurunan sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata perubahan itu jelas menunjukkan kaum Cina semakin menolak pembangkang kerana tidak membawa kemajuan kepada mereka.

Lee yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat MCA yakin sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Merlimau dan Tenang, yang melebihi 50 peratus, akan terus kekal untuk PRU akan datang.

"Malah, kami yakin pengundi Cina akan terus bertambah berikutan kekuatan pemerintahaan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan gagasan 1Malaysia untuk semua kaum di negara ini.

"Kaum Cina turut merasai keistimewaan gagasan itu sebagaimana yang mereka nikmati sejak kebelakangan ini," katanya kepada media selepas merasmikan Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan 62 Tahun MCA di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang di sini, malam Jumaat.

Sempena majlis itu, Lee yang mewakili Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut menyampaikan sumbangan RM350,000 kepada pelbagai persatuan kaum Cina bagi menunaikan janji pada pilihan raya kecil DUN Galas November tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan