Rakyat Malaysia Mudah Mesra, Hormat Tamu Punca Peroleh Pengiktirafan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mudah mesra dan menghormati tetamu merupakan antara faktor utama Malaysia diiktiraf sebagai antara 10 negara paling mesra di dunia.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan kejayaan itu suatu perkembangan positif dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana diiktiraf oleh badan bebas di persada antarabangsa.

Walaupun berasa hairan dengan kejayaan itu, Lee berkata, ini adalah berkat kerjasama rakyat negara ini mempamerkan tatasusila terhadap sesama sendiri malah para pelancong.

"Ini adalah hasil rakyat negara ini tanpa mengira kaum, yang sentiasa menjaga kebersihan dan menunjukkan kemesraan terutamanya terhadap para pelancong," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara-negara paling mesra di dunia.

Kanada merupakan negara paling mesra untuk tahun kedua berturut-turut, diikuti oleh Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain dan Jerman.

Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu meliputi 4,000 orang di 100 negara.

Responden ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.

Bagaimanapun, Lee berkata, rakyat masih mempunyai ruang untuk memperbaiki ranking tersebut dan mengharapkan Malaysia memperolehi sekurang-kurangnya tiga kedudukan terbaik dalam senarai tersebut.

Katanya, harapan itu tidak mustahil tercapai kerana beliau pernah diberitahu oleh pelawat asing bahawa rakyat negara ini adalah mesra, mahir pelbagai bahasa seperti bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin serta bersedia membantu.

"Kalau menghadapi apa-apa masalah, mereka tahu boleh merujuk kepada rakyat Malaysia untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan," katanya.

Lee turut menambah, orang ramai perlu terus menjaga kebersihan serta melindungi alam sekitar kerana ia dapat menarik perhatian para pelancong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, AJ Holidays Sdn Bhd, Jeffri Sulaiman berkata, rakyat negara ini mudah mesra hasil kerana mereka diasuh sejak kecil lagi untuk berbudi bahasa.

Katanya, mereka yang rata-ratanya berkebolehan berbahasa Inggeris memudahkan para pelancong berkomunikasi dengan mereka.

Tambahnya, maklum balas yang diterima daripada para pelancong ialah rakyat Malaysia turut mempamerkan nilai-nilai ketimuran yang tinggi di luar negara.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan