Produk Makanan Dari Jepun Tidak Dibenar Masuk Tanpa Sijil Radioaktif

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenarkan dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil Radioaktif yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Jepun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata arahan itu berkuat kuasa mulai Jumaat dan telah pun dimaklumkan kepada kerajaan Jepun menerusi Pengarah Keselamatan Makanan.

"Sejak 10 hingga 12 Mac lepas, kita hanya menjalankan pemeriksaan sendiri untuk mengawal produk yang masuk dari negara Jepun. Kita sudah bagi tempoh hampir sebulan dan kini sudah tiba masanya untuk mereka melaksanakan Sijil Radioaktif itu.

"Kalau tidak ada sijil itu, mereka tidak boleh membawa masuk produk makanan ke Malaysia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Karnival Yuan 2011 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, Jumaat.

Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Jepun untuk memastikan produk makanan yang hendak dieksport ke negara luar bebas daripada bahan radiaoaktif dan selamat untuk digunakan oleh masyarakat di negara luar yang lain.

Katanya ketika isu kandungan melamine didapati di dalam produk makanan di Malaysia, kerajaan Jepun bertindak tegas melarang kemasukan produk dari Malaysia dan meminta agar segera mengeluarkan sijil pengesahan sebelum produk makanan dibenarkan dieksport ke negara mereka.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan Jepun untuk memastikan keselamatan makanan yang dieksport ke negara lain adalah selamat digunakan oleh pengguna di luar," katanya.

Ketika mengulas mengenai wabak Adenovirus yang merebak di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Liow berkata setakat hari ini, tidak ada kemasukan baru didaftarkan di hospital di Negeri Sembilan.

"Seramai 84 pesakit masih berada di dalam kuarantin dan dua masih dirawat di Hospital Port Dickson. Dan keadaan di pusat latihan berkenaan adalah terkawal," katanya.

Sementara itu, Liow berharap Karnival Yuan 2011 akan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kebersihan serta amalan hidup sihat di kalangan masyarakat di negara ini bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti buah pinggang, barah, jantung serta masalah obesiti.

"Saya berharap agar Karnival Yuan 2011 juga masuk ke kawasan-kawasan atau pekan-pekan kecil dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar dan mendedahkan orang ramai mengenai kepentingan amalan kebersihan serta gaya hidup sihat," katanya.

Karnival Yuan 2011 anjuran NTV7 akan diadakan di tujuh lokasi tertumpu di bandar-bandar seperti di Batu Caves, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Selangor bermula Mei hingga Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan