PRN Sarawak: BN Usaha Putihkan Kawasan Kelabu

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Berbaki kurang 48 jam tempoh berkempen bagi pilihan raya Sarawak, Barisan Nasional (BN) akan memperhebatkan usaha memutihkan beberapa kawasan kelabu yang sudah dikenal pasti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jentera BN akan memberi fokus kepada beberapa kawasan kelabu yang berkecenderungan untuk menyokong parti itu.

"Sekarang kita lebih menumpukan kepada kawasan yang dikenal pasti kelabu yang kecenderungannya berarah kepada putih.

"Namun ada juga kawasan kelabu yang mungkin pergi kepada hitam. Tapi terbaru seperti yang kita lihat, sebahagian besar kawasan kelabu dahulu berjaya diputihkan bila kita perhebatkan kempen ke bawah," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Apong, di sini, Khamis.

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, parti itu yakin mampu mencapai kemenangan pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan 16 April ini.

Malah menurutnya, peluang untuk mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dengan lebih besar juga mampu diperoleh sekiranya tumpuan yang lebih diberikan kepada kawasan-kawasan kelabu yang dimaksudkan.

"Kita tahu di mana kawasan yang putih, kelabu dan hitam hingga saat ini. Apa yang kita nak lakukan ialah untuk alih kawasan yang kelabu kepada putih dan untuk tingkatkan jumlah kerusi majoriti yang akan kita perolehi, ini strategi yang kita ambil.

"Perdana Menteri juga turun secara luar biasa mengambil peranan yang utama pergi ke kawasan yang peting. Saya juga memilih pergi ke kawasan yang perlu kita berikan tumpuan untuk dijeaskan mengenai dasas-dasar kerajaa,," katanya.

Tambah Muhyiddin lagi, BN juga menerima maklum balas positif daripada pengundi di kawasan bandar yang majoritinya masyarakat Cina walaupun sebelum ini dikatakan lebih cenderung menyokong pembangkang.

"Nampak ada petanda amat positif terutama di kawasan pedalaman, pinggiran bandar dan kawasan bandar yang dianggap kubu kuat parti lawan.

"Terutama kawasan masyarakat Cina, kita mendapat sokongan yang baik. Saya sendiri turun ke beberapa tempat seperti di Sibu, Miri dan Kuching, kita dapat sambutan yang lebih memberangsangkan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan