Perhimpunan Besar-Besaran Sokong Usaha Basmi Rasuah Pada Julai

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam usahanya membasmi gejala rasuah akan diadakan Julai ini.

Perhimpunan yang dijangka dihadiri 10,000 orang itu adalah kemuncak kepada program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir bulan ini.

Presiden pertubuhan itu Datuk Shahrul Nizam Yunos berkata perhimpunan bertemakan 1Rakyat 1Integriti itu sebagai gelombang sokongan kepada SPRM untuk terus menjalankan tangungjawab tanpa takut dan tunduk kepada mana-mana pihak.

Beliau sebelum itu menyerahkan satu memorandum sokongan kepada SPRM di sini, Jumaat. Memorandum itu diterima oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Ahli-ahli pertubuhan itu yang hadir menyaksikan penyerahan memorandum itu melaungkan 'Hidup SPRM' dan 'Hapuskan Rasuah' selain membawa beberapa sepanduk untuk menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan dan kakitangan agensi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan