Peluang Kerja Melebihi Kadar Pengangguran - Subramaniam

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Peluang pekerjaan di negara ini melebihi jumlah kadar pengangguran, namun isu terlalu memilih bidang kerjaya menyebabkan ramai di kalangan masyarakat masih menganggur, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, sikap terlalu memilih jenis pekerjaan seharusnya diubah kerana di negara ini terdapat banyak peluang pekerjaan sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pekerja asing.

"Kerja kasar seperti di estet-estet dilakukan lebih kurang 90 peratus pekerja asing manakala pekerja am membabitkan lebih 70 peratus rakyat tempatan.

"Tapi sebenarnya kerja di ladang seperti toreh pokok lebih banyak gaji antara RM1,500 hingga RM2,000, kerja am tu gaji lebih kurang RM700 saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Raya, di sini, Jumaat.

Menurut beliau pada masa ini kadar pengangguran negara ialah sebanyak 3.2 peratus yang bersamaan lebih kurang 300,000 penganggur.

"Peluang pekerjaan lebih daripada itu (kadar pengangguran)... isu sekarang ialah untuk padankan keperluan dengan apa yang ditawarkan dan kerajaan pun sedang berusaha untuk meningkatkan tahap gaji di negara ini," kata Dr Subramaniam.

Selain itu katanya, program anjuran kementerian seperti program penempatan pekerjaan juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata pada tahun lalu, lebih 100,000 individu mendapat peluang pekerjaan melalui program berkenaan yang juga merupakan pusat sehenti untuk mencari pelbagai jenis pekerjaan.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya beliau memberitahu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM23 juta untuk membangunkan 13 buah sekolah Tamil yang melibatkan kerja antaranya menambah baik prasarana serta membaik pulih bangunan.

"Pembinaan bangunan baru sekolah ini menelan belanja RM2.2 juta meliputi bilik darjah, makmal komputer, pejabat, makmal sains serta kemudahan lain," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan