Najib Umum Peruntukan RM13 Juta Untuk Pelbagai Projek Di Kapit

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAPIT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan peruntukan sejumlah RM13 juta untuk pelbagai projek di Kapit, kawasan penempatan kaum Iban di pedalaman Hulu Rajang yang hanya boleh dihubungi dengan bot.

Beliau berkata masing-masing RM5 juta daripada peruntukan itu ialah untuk memasang paip bekalan air di pekan ini dan pembinaan pontun bagi memudahkan bot-bot kecil dari rumah panjang sepanjang Hulu Rajang berlabuh di Kapit.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk pembinaan balai raya dan RM1 juta untuk pembinaan rumah mayat bagi masyarakat Cina, katanya semasa merasmikan Terminal Penumpang Ekspres di sini, Jumaat.

Najib yang pertama kali ini melawat ke kawasan pedalaman itu berkata beliau bersyukur kerana dapat menjejak kaki ke pekan itu yang pernah dilawati oleh arwah bapanya yang merupakan perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein 42 tahun yang lepas.

Malah Perdana Menteri dalam ucapannya turut berbahasa Iban " aku gaga datai Kapit" yang bermakna "aku suka datang Kapit" yang menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 5,000 penduduk pekan itu serta penghuni rumah panjang yang datang beramai-ramai menyambut kedatangan sulungnya ke daerah tersebut.

Najib juga berkata apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang kelima dua tahun lepas, beliau telah mengilhamkan gagasan 1Malaysia dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" supaya kerajaan pimpinannya memberi fokus kepada pembangunan semua lapisan penduduk tanpa mengira di mana mereka berada.

"Supaya kita (kerajaan) faham bahawa amanah yang dipikul ini adalah untuk rakyat. Kita lakukan apa yang mampu mengikut kudrat yang ada," katanya.

Oleh itu, katanya, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji parti pembangkang yang mana pemimpinnya tidak akan mampu laksanakan apa yang dijanjikan.

Najib selepas itu melakukan tinjauan mesra di pekan Kapit dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jabal AN Nur di sini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Kapit merupakan kawasan terakhir dilawati Najib dalam rangka lawatan kerja empat harinya ke negeri ini dari Selasa lepas. Antara kawasan pedalaman yang dilawati Perdana Menteri ialah Ba'Kelalan, Lawas dan Serian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan