Gaji Minimum Untuk 150,000 Pengawal Keselamatan Tidak Dilaksana Sepenuhnya - MTUC

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendapati kebanyakan 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia tidak dibayar gaji minimum baru yang berkuat kuasa Februari lepas.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata kajian juga mendapati majoriti daripada mereka tidak tahu mengenainya, dan bagi menangani isu berkenaan pihaknya telah mencetak 50,000 salinan arahan mengenai perkara tersebut yang diedarkan ke semua cawangan MTUC.

"Kami juga telah menampal salinan perintah itu di tempat-tempat tumpuan agar pengawal keselamatan tahu hak mereka dan menuntut gaji baru mereka daripada majikan," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja juga harus meningkatkan usaha untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

Katanya gaji baru antara RM500 hingga RM700 itu berkuat kuasa 15 Februari lepas menerusi arahan yang ditandatangani Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam bertarikh 11 Februari. Balasubramaniam juga berkata Kongres itu bersedia bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi menyebarkan maklumat tersebut dan memastikan pengawal keselamatan terbabit menerima hak mereka.

Skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.

Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.

Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

Balasubramaniam berkata pengurusan digesa membayar lebih daripada gaji minimum berasaskan keupayaan kewangan syarikat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan